Friday 6 December 2013

TUGASAN MICROSOFT ACCESS

1.  SISTEM PANGKALAN DATA


1.1  DEFINASI 1

Pangkalan data merupakan satu sistem simpanan data yang tersusun, biasanya dalam bentuk elektronik.

Sistem Pemprosesan Fail Tradisional Sistem yang dilaksanakan secara manual atau tradisi. Data dan maklumat disimpan di dalam fail-fail kertas yang kemudiannya disimpan di dalam kabinet-kabinet khas. Fail yang disimpan adalah mengikut turutan abjad dan nombor rujukan supaya pencarian fail dapat dilakukan dengan sempurna. Pangkalan Data Himpunan data-data berkaitan yang dikongsi bersama oleh pelbagai kategori pengguna untuk memenuhi kehendak dan keperluan maklumat sesebuah organisasi.

Sunday 1 December 2013

Renungan Bersama

Ujian itu untuk kita
Kekadang, ujian itu sedikitpun tidak kita pinta. Secara tiba-tiba ia hadir untuk kita. Apa yang pasti, kita tidak boleh lari. Makin kita lari, makin pula ujian mendekati.
Lari itu tidak akan menyelesaikan ujian. Sebaliknya, ia menambahkan, dan membebankan ujian yang kita hadapi itu sendiri. Mahu atau tidak, kita perlu menerima ujian itu.
Baik atau buruk, itulah ujian.
Sebelum menghadapi ujian kubur, mukadimahnya adalah ujian semasa kita hidup. Ujian adalah pembelajaran dan pendidikan daripada Tuhan.
Juga, ujian itu adalah anugerah dan hadiah pada setiap insan. Hidup yang tiada turun dan tiada naik, umpama mati.
Asam garam kehidupan

Saturday 30 November 2013

pelancongan

Thursday, 28 March 2013


Jom Ke Singapora



Jom Ke Singapora


Singapore berdiri menjadi sebuah negara pada tahun 1965 dengan luas wilayah pada saat berdirinya hanya mencapai 650km2. Negara ini merupakan negara bekas jajahan Inggeris. Singapore terkenal dengan jolokan " The Little Red Dot". Meskipun begitu, Singapore memiliki eksistensi yang sangat besar di dunia masa kini, dengan perekonomian perdagangan bebas dan tenaga kerjanya yang sangat efisien. Selain itu, lokasinya yang strategik di kawasan ini memungkinkannya menjadi sebuah pusat pelabuhan di sepanjang rute utama perlayaran.