Saturday, 30 November 2013

pelancongan

Thursday, 28 March 2013


Jom Ke Singapora



Jom Ke Singapora


Singapore berdiri menjadi sebuah negara pada tahun 1965 dengan luas wilayah pada saat berdirinya hanya mencapai 650km2. Negara ini merupakan negara bekas jajahan Inggeris. Singapore terkenal dengan jolokan " The Little Red Dot". Meskipun begitu, Singapore memiliki eksistensi yang sangat besar di dunia masa kini, dengan perekonomian perdagangan bebas dan tenaga kerjanya yang sangat efisien. Selain itu, lokasinya yang strategik di kawasan ini memungkinkannya menjadi sebuah pusat pelabuhan di sepanjang rute utama perlayaran.


Bandaraya Singapore Dan Peta Singapore


Semasa bercuti ke Singapora awal Februari tahun ini, kami berdua memilih untuk menginap di Tune Hotel Danga Bay, Johor Bahru. Tune Hotel menjadi penginapan pilihan kerana service dan kualiti hotelnya yang tidak ada bandingan. Penginapan yang sesuai untuk semua yang berhasrat untuk ke Singapora. Tidak jauh dari lebuhraya dan JB Sentral. Hanya lebih kurang 10-15 minit untuk ke Jambatan yang menghubungkan Malaysia dengan Singapora. Tune Hotel juga menyediakan kaunter shuttle bus transfers ke Resorts World Sentosa. dan Universal Studios Singapore.



Resort World Sentosa And Universal Studios Singapore

Pagi  11 Februari 2013, kami membuat perjalanan ke Singapora bersama abang kandungku sekeluarga. Barulah terasa meriah beb..Anak-anak buahku begitu gembira, padahal mereka semua baru jer pergi ke Singapora Disember 2012. 


Anak-anak buahku yang meningkat remaja

Sampai di sana kami berjalan-jalan ke tempat yang telah di rancang. Banyak tempat yang menarik yang boleh kita lawati.Bagi aku, Singapore memang best!! Sehinggakan aku dan suamiku menyimpan hasrat untuk ke sana lagi bila ada peluang. Masaalahnya..susah nak cari cuti seperti Cuti Tahun Baru Cina tahun ini..Cuti sekolah tak ada peluang kerana terikat dengan study..He3..Sabar jer lee..Tak apa2 tahun depan aku dah habis belajar..ya..



Rehat dulu..Penat berjalan kat Shopping Mall ni...




Ambe senyum aje..Bab jalan ni..

No comments:

Post a Comment