Friday, 6 December 2013

TUGASAN MICROSOFT ACCESS

1.  SISTEM PANGKALAN DATA


1.1  DEFINASI 1

Pangkalan data merupakan satu sistem simpanan data yang tersusun, biasanya dalam bentuk elektronik.

Sistem Pemprosesan Fail Tradisional Sistem yang dilaksanakan secara manual atau tradisi. Data dan maklumat disimpan di dalam fail-fail kertas yang kemudiannya disimpan di dalam kabinet-kabinet khas. Fail yang disimpan adalah mengikut turutan abjad dan nombor rujukan supaya pencarian fail dapat dilakukan dengan sempurna. Pangkalan Data Himpunan data-data berkaitan yang dikongsi bersama oleh pelbagai kategori pengguna untuk memenuhi kehendak dan keperluan maklumat sesebuah organisasi.

Sunday, 1 December 2013

Renungan Bersama

Ujian itu untuk kita
Kekadang, ujian itu sedikitpun tidak kita pinta. Secara tiba-tiba ia hadir untuk kita. Apa yang pasti, kita tidak boleh lari. Makin kita lari, makin pula ujian mendekati.
Lari itu tidak akan menyelesaikan ujian. Sebaliknya, ia menambahkan, dan membebankan ujian yang kita hadapi itu sendiri. Mahu atau tidak, kita perlu menerima ujian itu.
Baik atau buruk, itulah ujian.
Sebelum menghadapi ujian kubur, mukadimahnya adalah ujian semasa kita hidup. Ujian adalah pembelajaran dan pendidikan daripada Tuhan.
Juga, ujian itu adalah anugerah dan hadiah pada setiap insan. Hidup yang tiada turun dan tiada naik, umpama mati.
Asam garam kehidupan